Telemovie Mengejar Neraka Di Slot Citra TV2

 

mengejar-neraka

Mengejar Neraka – sebuah telemovie baru arahan Along Kamaludin bakal disiarkan di TV2 menerusi slot Citra akan ditayangkan pada 26 November ini jam 10.00 malam.

Telemovie ini membariskan pelakon hebat seperti Lisdawati, pekin Ibrahim, Ramona, Julia Ziegler, Raisuddin, Zam Zam dan Rose Iskandar.

Cerita ini berkisarkan tentang Salamah, ibu Fakhri datang ke rumah mereka. Salamah menjadi tidak suka apabila Ainun meminta bantuan Fakhri untuk membuat minuman kerana Ainun yang agak keletihan kerana baru sahaja pulang dari pejabat. Itu membuatkan Salamah terus marah dan menyifatkan Ainun seorang isteri “ queen control “.

Salamah mula menasihati Fakhri. Dia mula melarang Fakhri mengikut arahan Ainun. Akibat dari itu, Fakhri berubah sikap. Dari suka membantu menjadi tidak suka membantu. Malah Fakhri juga menjadi lelaki yang suka memerintah.

Ainun yang menyedari hal itu, cepat-cepat bertindak untuk menghalang Fakhri dari terus mengikut telunjuk ibunya. Ainun mula mendapatkan pengamal ilmu sihir untuk menundukkan Fakhri. Sejak itu, Fakhri mula berubah. Beberapa bulan kemudian Salamah datang lagi ke rumah mereka. Kali ini Salamah betul-betul terkejut dengan apa yang berlaku. Salamah melihat Fakhri melakukan apa sahaja arahan dari Ainun.

Salamah mula menyedari perbuatan itu apabila ternampak Ainun meletakkan sesuatu ke dalam makanan Fakhri. Ainun akhirnya mengaku yang selama ini dia menyihir Fakhri supaya patuh dan tunduk mengikut arahanya. Salamah berasa sangat marah. Dia ingin pulang ke kampung. Namun, Ainun tidak mahu melepaskan Salamah begitu sahaja. Ainun mula menyihir Salamah.

Ainun cuba mengambil kesempatan meminta Salamah menukarkan semua nama dan harta Salamah kepada namanya. Safura pula menjadi hairan kerana Salamah sudah berjanji untuk memindahkan pemilikan hartanya kepada Safuta. Safura mula berfikir tentu ada sesuaut yang tidak kena terjadi kepada emak dan abangnya itu.

Safura mengajak Pak Uda Hassan, pakciknya untuk melihat apa yang telah berlaku.  Mereka melihat Ainun sedang mendera Salamah kerana Salamah telah membuat kesilapan. Tidak tahan melihat emaknya diperlakukan begitu, Safura mengajak emaknya pulang dan Ainun tidak membantah.

Sampai di tengah jalan ketika Pak Uda Hassan sedang memandu, tiba-tiba Salamah mula memberontak. Dia mahu turun di tepi jalan. Pak Uda Hassan tidak dapat mengawal keretanya lalu terbabas. Akhirnya Salamah mati di tempat kejadian.

Malam selepas kematian Salamah, Ainun mula merasakan muka dan tubuhnya gatal-gatal. Keadaan Ainum mula menjadi teruk. Fakhri kemudia membawa Ainun ke klinik namum ubat yang diberikan doktor tidak meberi apa-apa kesan kepadanya.

Ainun juga mula ternampak lembaga-lembaga menakutkan seperti binatang berupa manusia dan sebagainya. Ainun menjadi tidak tahan dengan keadaan itu. Lalu mengajak Fakhri pulang ke rumahnya.

Ainun kemudian pergi ke rumah pengamal sihir dimana tempat dia mengambil ubat untuk mengenakan Fakhri namun pengamal itu menghalaunya dan tidak mahu membantu Ainun.

Tidak itu sahaja, Ainun juga masih melalui situasi yang menakutkan. Dia masih merasai gatal-gatal di tubuh. Dari kesan gatal itu keluar pula serangga seperti semut, cacing dan lipas. Ainun menjerit ketakutan. Dia mencari jalan untuk membunuh serangga itu. Bagaimanapun makin bertambah-tambah serangga tersebut keluar.

Apakah yang akan terjadi kepada Ainun seterusnya? Bagaimana pula dengan Fakhri?Adakah Fakhri dapat diselamatkan?

Saksikan Mengejar Neraka 26 November ini, pada jam 10.00 malam hanya di TV2

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments