Temui Yuna Atilia Dan Sam Bunkface Di KL Live

 

yunalis-zarai

Sempena pertandingan nyanyian “ Rising Star “ yang akan diadakan di KL Live Jalan Sultan Ismail,pada Ahad ini, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan persembahan Yuna. Selain membuat persembahan, Yuna juga akan menjadi juri bersama dua artis lain iaitu Atilia dan Sam Bunkface

Kami percaya, dengan kehadiran tiga artis popular ini, orang ramai akan dapat memenuhi ruang KL Live untuk turut serta menyaksikan siapakah calon yang bakal memenangi pertandingan berkenaan,” mStar Online 

Pertandingan itu akan diadakankan pada jam 8 malam dan masuk adalah percuma.

Bagi 500 pengujung pertama yang hadir, mereka turut berpeluang mendapat hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pada pertandingan itu, seramai 12 peserta akan berentap menunjukkan bakat masing-masing yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

300 lebih calon menghadiri ujibakat di seluruh  negara  tetapi yang berjaya hanya 12 orang sahaja untuk menunjukkan bakat mereka dihadapan juri tersebut.

Pertandingan itu terbahagi kepada dua iaitu secara solo dan berkumpulan. Pemenang bagi kategori tu akan menerima hadiah wang tunai RM 5,000 dan juga barangan bernilai RM 500. Pemenang juga akan diberi peluang merakam sebuah lagu Yuna untuk disiarkan di radio Red FM.

Manakala, bagi tempat kedua pula, pemenang akan menerima wang tunai RM 3,000 dan barangan RM 500. Tempat ketiga pula akan menerima RM 2,000 dan barangan RM 500.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments