Terima Johan As’ari Jika Jodohnya – Shila Amzah

Shila-Amzah-Tiada-Sebarang-Hubungan-Cinta-Antara-Saya-Dan-Johan-As’ari
Shila Amzah sedia menerima pelakon Johan As’ari sebagai bakal suami sekiranya dia adalah jodohnya.

Setakat ini Johan antara sahabatnya yang paling rapat tetapi dia tidak dapat mengesahkan hubungan itu serius seperti pasangan bercinta.

Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta.

Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti.

Menurut Shila,

Johan muncul dalam hidupnya sebelum dia mengerjakan umrah pada Mac lalu dan kehadiran lelaki itu seperti memberikan aura positif padanya serta keluarga.

Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu.

Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya.

Moga yang terbaik buat Shila Amzah.

Bagi kami di Hye Bro! berharap tiada kontroversi yang boleh menjatuhkan kreabiliti penyanyi kita yang berbakat besar ini. All da Best Shila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments