Tiga Selebriti Anjur Bengkel Kecantikan Buat Pelarian Somalia

Tiz Zaqyah, Diana Danielle & Deborah Henry Berganding Bahu Demi Pelarian Somalia

Tiga selebriti terkena, Tiz Zaqyah, Diana Danielle dan Deborah Henry berkongsi kepakaran dan pengalaman peribadi mereka bersama-sama dalam bengkel kecantikan bersama pelarian Somalia.

Bengkel ini dihadiri oleh pelarian Somalia yang berusia antara 14 hingga 17 tahun dan telah diadakan pada 19 November bertempat di Fugee School.

Dimulakan dengan perbentangan tentang kulit dan kebersihan oleh Deborah Henry dan Tiz Zaqyah.

Berkongsi tip dan cara untuk menjaga kulit mereka, Tiz berkata,

Tujuan kami ialah untuk memberi pendedahan kepada gadis-gadis di sini tentang betapa pentingnya kebersihan dalam penjagaan kulit mereka.

Saya sangat percaya bahawa kita boleh menjaga kulit secara semulajadi tanpa perlu berbelanja besar.

Pelakon Diana Danielle dan Harveen Dhaliwal, pengasas bersama Luxuria Cosmestics mengacarakan segmen kedua bengkel tersebut yang memfokuskan tentang aplikasi teknik mekap yang betul dan mengajar mereka memilih jenis kosmetik yang paling serasi dengan kulit mereka.

Tiz Zaqyah, Diana Danielle & Deborah Henry Demi Pelarian Somalia

Gadis-gadis tersebut juga diberi peluang untuk mengaplikasikan teknik-teknik tersebut pada diri sendiri dan juga rakan-rakan.

Selari dengan pelancaran aksesori fesyen baru-baru ini yang akan ditambahkan pada pemilihan produk mereka yang meluas, Lazada.com.my telah menaja skarf-skarf dari Padieka Raccolta dan menghoskan satu segmen tutorial hijab untuk gadis-gadis tersebut.

Wakil dari Lazada Malaysia, Aaliyah Soraya telah menampilkan beberapa tren terkini kepada pelajar-pelajar tersebut, dan mereka juga telah diberi peluang untuk memasuki peraduan menggayakan hijab, di mana model-model seperti Deborah Henry, Tiz Zaqyah dan Diana Danielle juga telah mengambil bahagian.

Hari tersebut telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada gadis-gadis tersebut, yang merangkumi baju dan barang-barang penjagaan diri dari KL Calling, buku-buku motivasi dan kit mekap dari Luxuria Cosmetics, dan juga alat-alat persekolahan dari Lazada Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments