Video Hari Terakhir FBI Di Hot FM Amkrew

faizal-ismail-hot-fm

Faizal Ismail (FBI ) atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Ismail hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada dunia penyiaran radio selepas lebih 8 tahun berkhidmat di stesen No.1, Hot FM.

Faizal Ismail, 37 tahun meletak jawatan secara mengejut dari stesen radio itu pada 24 Oktober lalu. Beliau membuat pengakuan itu menerusi akaun twitternya.

Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini pada 24 Oktober 2013.”


Faizal Ismail mendapat penghormatan terakhir dari teman-teman dengan menghabiskan masa bersama-sama denganya di konti. Antaranya teman rapat seperti  Fara Fauzana, AG , Hot FM AM Krew dan teman lain seperti  Chad, Suraya, Ikhwan, Jay,  dan Sharifah Aleya.

Bukan senang untuk memastikan keserasian kami menjadi sebati sehinggakan ke mana-mana saya pergi bayang-bayang Faizal sentiasa ada.  But don’t worry, I will not miss him that much kerana saya percaya yang Faizal akan sering akan berada bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan yang lain,” Ujar Fara Fauzana

Pastinya pendengar Hot FM tidak akan terlepas mendengar celoteh Faizal Ismail yang ke udara pada hari  Isnin Sehingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Faizal Ismail juga pernah mendapat Anugerah Penyampai Radio Lelaki terbaik Popular selama enam tahun berturut-turut malah disenangi kerana kepetahahannya ketika bersiaran di konti.

Setiap hari selama lapan tahun saya, Fara dan AG tidak boleh dipisahkan – kami ibarat rakan serumah Kerja kami ialah ‘bersembang’ dan subjek yang kami bualkan itu kami kongsi bersama-sama dengan pendengar. Ini bukan mudah untuk saya tinggalkan tapi apakan daya kerana saya sudah membuat banyak perancangan untuk masa depan.

Ujar Faizal Ismail, dia mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat sendiri iaitu, ‘FBI Entertainment Sdn Bhd’ yang kini sudah berusia dua bulan.

Beroperasi di Kota Damansara, Selangor ‘FBI Entertainment Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengurusan majlis dan produksi TV yang akan dikendalikannya sendiri.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments