Zain Saidin dan Rozita Che Wan Bakal Umum Tarikh Kahwin

Zain Saidin Pasangan pelakon popular yang bakal berkahwin, Zain Saidin dan Rozita Che Wan dijangka akan mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 25 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Ujar Zain Saidin kepada Sinar Harian

Saya dan Rozita sudah belanja lebih RM200,000 untuk majlis kami ini. Setakat ini, saya dan dia mengeluarkan RM100,000 setiap seorang. Kami masih tidak dapat tarikh dan lokasi yang sesuai lagi, sebab sekarang, musim cuti sekolah. Jadi kebanyakan keluarga dan kawan-kawan kami bercuti ke luar negara, jadi ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke majlis perkahwinan kami.

Kalau boleh saya ingin mencari lokasi yang luas dan besar supaya tempat itu mampu menampung lebih ramai orang yang datang ke majlis kami

Ujar Zain lagi, dia akan menjemput semua media untuk datang ke majlis perkahwinan mereka nanti, tetapi mereka akan menyediakan jurukamera rasmi pada majlis yang akan berlangsung nanti.

Tak sabar menanti bilakah tarikh perkahwinan mereka. Sama-sama kita tunggu pengumuman mereka nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments