15,000 Tetamu Raikan Fizo Omar Dan Mawar

majlis kesyukuran fizo omar dan mawar

Semalam, telah berlangsungnya majlis kesyukuran sempena perkahwinan sebelah pihak Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar  di kediamannya di Taman Sri Jawa, Selising, Kelantan.

Fizo bersyukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar dan dihadiri kira-kira 15,000 tetamu selepas rombongan keluarga isteri, Mawar tiba diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Kata Fizo, majlis ini diadakan bagi meraikan warga Kelantan sebagai menghargai tanda sokongan mereka sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan dan perniagaan.

Pasangan ini mengenakan pakaian merah jambu sepanjang majlis yang bertemakan seri taman, turut dihadiri YB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan beramah mesra dengan keluarga mereka.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments