Aku Ada Wali Gandingan Hebat Siti Saleha Dan Zahiril Adzim

 

aku ada wali siti saleha dan zahiril

Drama terbaru “ Aku Ada Wali “ yang akan disiarkan pada 14 Januari 2014 di Tv Alhijrah bakal memperlihatkan gandingan pelakon hebat Siti Saleha dan Zahiril Adzim

Drama sebanyak 13 episod itu akan ditayangkan setiap hari selasa jam, 10.00 malam.

Selain Siti Saleha dan Zahiril, turut terlibat dalam drama ini ialah Zoey Rahman, Aida Jebat, Sabhi Sadhi dan ramai lagi.

Drama ini berkisahkan tentang Khazinatul Asrar, seorang gadis yang sangat mementingkan ajaran agama dan mengutamakan pelajaran berbanding percintaan.  Namun, tanpa sedar dia digilai oleh rakan sekelasnya dan menjadi rebutan antara Mukhlisin dan Asraf.

Kisah cinta ini turut memaparkan tema Islamik dan apa yang menarik, lokasi drama ini banyak dilakukan di Seoul dan Busan, Korea Selatan.

 Ujar Zahiril, dia memegang watak budak nakal sebagai Naim yang jatuh cinta  dengan Khazinatul yang sopan dan berhijab. Namun cintanya ditolak sekrana sikapnya yang agak kasar.

Terkini, Zahiril sedang sibuk dengan tawaran berlakon, jadual lakonan yang agak penuh dan terbaru dengan pengganbaran filem Juvana 2 dan Juvana 3.

Bagi Siti Saleha pula, memegang watak gadis berhijab merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Tetapi berdepan dengan masalah pemakanan kerana dia tidak gemar akan makanan wajib Korea iaitu Kimchi.

Perkembangan terkini, Siti Saleha juga sedang sibuk dengan filem terbaru Supertele dan Cerita Cinta yang turut ditayangkn Januari ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments