Azean Irdawaty Meninggal Dunia

 

azean irdawati meninggal dunia

Pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu, Azean Irdawaty , 63 tahun telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ) Selangor semalam.

Pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suami dan anak-anaknya.

Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap penyakit tumor dan lymphedema.

Kehilangan arwah turut mendapat reaksi daripada rakan-rakan artis yang mengucapkan takziah.

Banyak jasa arwah dalam dunia seni  lakonan. Arwah merupakan pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik sebanyak dua kali di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 iaitu bagi filem Esok Masih Ada dan pada tahun 1982, Langit Petang.

Arwah juga pernah memenangi trofi  Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada tahun 2008. Kali terakhir lakonannya dalam filem Talentime, tahun 2009 yang diarahkan oleh Allahyarham Yasmin Hani.

Arwah meninggalkan suami Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga anaknya Elza Irdalynna, Khaeryll Benjamin ( Benji ) dan dan Inessa Irdayanty.

Al Fatihah.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments