Cinderella Hanya Akan di Tayang Di Pawagam

 

ahmad idham

Pengarah filem terbaru Cinderella, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengambil keputusan menayangkan filem terbarunya itu hanya di pawagam.

Ahmad Idham berkata, ia adalah satu langkah yang perlu diambil bagi mengatasai masalah cetak rompak yang semakin serius di negara ini.

Selalunya bila sesebuah filem selesai ditayangkan di pawagam selepas dua atau tiga minggu, ia akan ditayangkan di platform lain. Jadi disebabkan itu, penerbit berhadapan dengan isu cetak rompak.

Ujarnya lagi, isu cetak rompak bagai tiada kesudahannya. Maka Ahmad Idham sanggup membuat percaturan baru bagi menyelamatkan karya seni secara keseluruhannya.

Langkah yang akan diambil ini mungkin kurang popular tapi itulah yang terbaik bagi industry filem tempatan.

Katanya lagi, jika langkah ini mendapat sokongan menyeluruh daripada rakan-rakan dan orang ramai, dia yakin ia pasti dapat memberikan hasil yang positif.

Filem Cinderella ini dibarisi pelakon Fizo Omar, Kamal Adli, Nelydia Senrose dan Erin Malek. Ia akan menemui penonton di pawagam pada 19 Disember ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments