Cinderella Imbas Kenangan Heliza dan Ahmad Idham

 

nellydia senrose cinderella

Masih ingatkah drama Cinderella lakonan Heliza dan Ahmad Idham suatu ketika dulu.Drama yang cukup popular dengan lagu tema Sehati Sejiwa nyanyian Haslinda pada tahun 1998.

Drama itu mengisahkan bagaimana kehidupan Nurul yang hampir dirogol bapa tirinya dan melarikan diri ke kawasan perkemahan salman yang sedang bercuti bersama teman-temannya. Namun penduduk kampung yang mengetahui hal itu telah menangkap mereka dan dinikahkan.

Nurul kemudian mengikut Salman pulang ke bandar. Dia dijadikan orang gaji. Dalam masa yang sama Salman mula jatuh cinta kepada Nurul. Tetapi pelbagai masalah yang dihadapi mereka selepas itu.

Namun, menerusi filem Cinderella yang terbaru ini, Ahmad Idham kembali dengan versi baharu gandingan Nellydia Senrose ( Nurul ) dan Fizo Omar ( Salman ).

fizo omar

Filem ini mengisahkan Nurul yang tinggal bersama ibutiri dan adik beradik tirinya. Zamil, abang tirinya cuba bertindak ganas dengan cuba merogol Nurul selepas Nurul menolak cintanya. Namun Nurul Berjaya melarikan diri. Dia bersembunyi di khemah penginapana Salman, seorang anak tokoh korpotar yang terkenal.

Mereka diserbu oleh orang kampung kerana didakwa berkhalwat. Nurul dan Salman diberi dua pilihan. Mereka harus memilih dibawa ke balai polis atau didakwah di mahkamah atau berkahwin dan tidak pulang ke kampung itu.

Apakah yang akan terjadi kepada Nurul dan Salman selepas itu? Saksikan kesudahan cerita ini di pawagam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments