Danial Juara Idola Kecil Musim Ke – 6

juara idola kecil musim keenam

Berakhirnya final Idola Kecil musim ke enam apabila Danial Cheur Hamasiah 12, diumumkan sebagai juara pertandingan tersebut yang diadakan di Kompleks Sukan Panasonic dan bersiaran langsung di TV9.

Lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baru, Bangkit yang dinyanyikan Danial berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 15,000 dan trofi.

Ujar Danial, dia tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini memandangkan persaingan antara finalis lain yang cukup hebat dan  sengit.

Danial memberitahu, dia juga turut merancang untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang nyanyian kerana amat berminat untuk bergelar seorang penyanyi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Aby Norlila Kamaruddin ( Aby ) 12, yang memenangi wang tunai RM 10,000 dan trofi. Manakala tempat ketiga dimenangi Ammierul Daneal Eddy Noor, 12 yang memenangi wang tunai RM 5,000 dan trofi.

Antara finalis lain yang terlibat dalam pertandingan ini adalah Nor Alleyya Nor Edwan 10, dan Shafiqah Amira Shukor, 12.

Pertandingan ini diadili olej juri  Tomok ( juri tetap ) dan Juri jemputan Noh Hujan dan Syafinaz Selamat. Manakala dihoskan oleh penyanyi Alif Satar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments