Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen

erma fatimah bayar saman guna syiling 5 sen

Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen – Baru-baru ini berlaku perbalahan antara Erma Fatima dan Rabecca Nur Al-Islam yang akhirnya dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Erma Fatima membayar saman kepada Rabecca.

Namun, Rabecca kelihatan agak tidak puas hati meluahkan bahawa tindakan Erma Fatima membayar tuntutan samana berjumpah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen dan turut senaskah kitab al-Quran bersamanya.

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.

Rabecca berasa agak marah dan akan mememulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

p/s : Tak perlu susah pulangkan, tukar di bank, selesai masalah 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments