Farawahida Bakal Nikah Hari Ini

farawahida 2

Farawahida Bakal Nikah Hari Ini – Ini merupakan detik dan hari yang paling bermakna buat panyanyi ini, Farawahida Razali yang bakal bernikah hari ini.

Farawahida, 28, bakal dinikahkaah dengan pasangan yang bersamanya sejak lapan tahun lalu, Abdul Shukor Mohd Zain pada jam 10 pagi di Sentosa Villa Resort, Taiping Perak. Farawahida berkata :

“Bohonglah kalau saya kata langsung tidak merasa debaran. Semasa sibuk memastikan semua persiapan, perasaan itu tidak terasa sangat, tetapi semasa hendak masuk tidur, mulalah bermacam persoalan masuk kepala.

“Tapi mujurlah, urusan persiapan pelamin, fotografi, videografi, dekorasi hantaran serta pengurusan majlis nikah dan sanding saya ini dikendalikan perancang perkahwinan, jadi lega rasanya,” ujar Farawahida.

farawahida 3

“Seronoknya buat kenduri di kampung halaman apabila ibu bapa sendiri menguruskan hal jemputan. Jumlah tetamu jemputan rasanya sekitar 3,000 orang tetapi kehadiran terpulang kepada kelapangan orang. Buat kenduri di kampung juga tidak boleh had jemputan, harap dapat jumpa semua saudara dan kenalan esok,” ujar Farawahida yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu.

Sebelum ini, majlis perkahwinan Farawahida pernah menjadi isu panas apabila menerima tajaan sebanyak RM500,000.

“Kenyataan itu datang daripada perunding perkahwinan. Ikutkan bajet memang saya mampu nak keluarkan duit RM500,000, lagi pun bapa saya sudah cakap tak mahu membazir dengan persiapan yang beria-ria. Tapi jumlah itu merangkumi penajaan oleh pengurus perkahwinan dan saya menerima dengan besar hati,” ujar Farawahida yang mengeluarkan duit sendiri untuk kos jamuan jemputan.

Sederhana namun masih terasa kemeriahannya, Farawahida sebenarnya mempunyai dua orang adik yang belum berkahwin, malah kakaknya, Suhana Miza, 30, juga masih bujang.

“Kiranya, saya ini akan langkah bendul. Ada juga saudara-mara yang mahu amalan memberi hadiah kepada kakak apabila si adik terlebih dahulu berkahwin. Setakat ini tiada apa yang diputuskan. Kakak saya tiada masalah dalam soal ini, soal jodoh tidak boleh dipaksa-paksa. Saya tak mahu berjanji apa-apa, daripada pihak saya sendiri, mungkin ada sesuatu untuk kakak nanti,” katanya yang mendoakan agar kakaknya pula akan dipercepatkan jodoh.

“Bakal suami juga bekerja di Kuala Lumpur, jadi insya-Allah tiada masalah akan timbul,” katanya yang turut berkongsi gambar-gambar praperkahwinan yang dirakamkan bersama Shukur.

“Bakal suami seorang yang pemalu bab-bab bergambar, untuk gambar-gambar itu pun, puas saya memujuknya supaya beri kerjasama dan kongsi bersama media. Tapi dia juga sangat memahami kerjaya saya sebagai penyanyi. Saya pilih dia sebab kualiti yang ada pada dirinya. Dia kuat berusaha untuk membaiki taraf hidup,” jelas Farahwahida.

p/s : Tahniah buat Farawahida untuk majlis akad nikah hari ini, semoga dipermudahkan semua urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments