Hafiz Suip Menang Tiga Kategori AIM20

 

hafiz suip menang aim20

Tahniah buat penyanyi Hafiz Suip diatas kemenangan dalam  tiga kategori  di Anugerah Industri Muzik 20 ( AIM20) yang telah diadakan  di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kata Hafiz, ini merupakan kemenangan pertamanya dalam AIM20. Hafiz menganggap kemenangan itu sebagai cabaran untuk dia meningkatkan prestasi selagi mana yang mampu.

Hafiz memenangi anugerah bagi Persembahan Vokal Terbaik  Di Dalam Lagu ( Lelaki ) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku., Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni dan Rakaman Album Terbaik.

Bagi komposer LY, yang turut terlibat dalam album Luahan Hati Anak Seni ini, dia berkata Hafiz merupakan seorang penyanyi yang boleh menyanyikan  pelbagai lagu dari mana-mana komposer dengan baik.

Malah Hafiz juga mempunyai suara dan teknik nyanyian yang tersendiri.

Semoga Hafiz terus berjaya dalam industri seni di masa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments