Isteri Aaron Aziz Kini Bertudung

 

diyana dan aaron aziz

Pelakon popular, Aaron Aziz berasa gembira dan bersyukur dia atas keputusan isterinya, Diyana Halik untuk berhijab.

Katanya, keputusan diambil dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. Aaron berkata dia ada meminta isterinya untuk berhijab selepas pulang dari umrah dua tahun lalu namun tidak memaksa sebaliknya biar isterinya melakukan dengan kerelaan hatinya.

Bagi Diyana pula,  semasa mengenakan selendang di kepala ketika berada dalam pesawat dalam perjalanan pulang dari bercuti di Hong Kong itulah membuatkan hatinya terbuka untuk bertudung.

Malah kata Diyana, Aaron juga kerap menghantar video dan cerita tentang kiamat. Dan itu menguatkan lagi hatinya untuk terus bertudung.

Ujarnya lagi, sebelum ini memang sudah ada niat untuk berubah. Cuma hati masih belum bersedia.

Diyana bagaimanapun belum berkesempatan untuk membeli tudung bagi membolehkan imejnya kelihatan lebih sopan dan sempurna.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments