Kes Skandal Adi Putra Digugurkan

Kes Skandal Adi Putra DigugurkanAdi Putra berasa lega apabila tuduhan kes skandalnya dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu telah digugurkan oleh pihak polis.

Pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai ‘no further action’ (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Adi turut menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah kepada mana-mana pihak yang cuba mencalarkan namanya selepas ini.

Turut serta dalam sidang media itu ialah isterinya Aida Yusof dan tiga peguamnya iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhammad Abd Kadir.

Menurut Adi, sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini.

Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments