Linda Onn Bakal Kahwin Kerabat Diraja

 LINDA ONN

Penyampai radio Suria FM, Linda Onn  atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 36, mengesahkan bakal bernikah dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini yang akan diadakan di kampong halamannya, di Johor Baharu.

Majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

“Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah,”  – mstar

Kata Linda, dia akan mengadakan majlis bersejarah itu secara sederhana. Malah hanya akan menjemput sahabat dan keluarga terdekat sahaja.

Majlis resepsi pula akan diadakan di Kuala Lumpur. Linda juga enggan mendedahkan daripada mana bakal suaminya itu.

Dalam masa terdekat ini, Linda juga memberitahu akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengan perkara ini. Jadi sama-samalah kita nantikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments