Lisdawati Hamil Lagi Anak Ketiga

lisdawati hamil empat bulan

Khabar gembira buat pelakon Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 35 dan suami, Fauzi Nawawi apabila Lisdawati kini sedang hamil empat bulan dan ia merupakan anak ketiga buat mereka.

Pasangan ini sudah mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Nur Aina Farhana, 5 dan Nur Aina Fazneesya, 4.

Kata Lisdawati, dia mengalami alahan yang teruk kali ini, malah agak memilih makanan. Makanan yang dimakan mestilah masih panas. Lisdawati juga memberitahu, dia agak “moody” tetapi cuba kawal kerana masih bekerja dan sibuk dengan tugasan harian.

Terbaru, Lisdawati kini sibuk dengan penggambaran drama “ Bukan Kerana Aku Tak Cinta “ siaran astro. Namun katanya proses kehamilan ini tidak menghalang karier lakonannya.

Tahniah diucapkan kepada Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments