Mas Kahwin Membimbing Ke Jalan Yang Diredhai Allah

 

wan maimunah kahwin

Tahniah, akhirnya pelakon Wan Maimunah telah selamat diijabkabul bersama Makpol Saimon, 53 dengan mas kahwin membimbing ke jalan yang direhdai Allah. Majlis ini telah berlangsung di tropical Inn, Johor Bahru jam 8.20 malam.

Pasangan ini dinikahkan hanya dengan sekali lafaz oleh Makhadzir Abdan , Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Johor dengan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah.

wan maimunah dan makpol

Wan Maimunah menerima sebentuk cincin dan seutas gelang tangan bagi upacara membatalkan air sembahyang.

 

 “Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

 

Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan Allah itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” – MH Online

 

Sementara itu, bagi suami Wan Maimunah, Makpol, dia tidak menghalang Wan Maimunah untuk terus aktif berlakon. Malah menyerahkan hal itu kepada isterinya untuk membuat pilihan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments