Misha Omar Tangguh Nikah Kali Kedua, Ayah Meninggal Dunia

misha2

Misha Omar Tangguh Nikah Kali Kedua, Ayah Meninggal Dunia – Inilah yang dinamakan lumrah dunia. Apa yang dirancang tak semestinya akan terjadi. Ada Allah selitkan dugaan buat kita.

Tahun lalu, Misha Omar telah menangguhkan perkahwinannya dan merancang berkahwin Februari tahun depan namun telah membatalkannya lagi selepas ayah kesayangannya meninggal dunia pada 29 Disember 2013.

Ayahnya menghidap penyapkit jantung dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan organ utama berfungsi pada 5.30 pagi di Universiti Sains Malaysia(HUKM) Kubang Kerian.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok berhampiran pusara arwah ibunya.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @Aisah Omar berkata, dia sudah berbincang dengan keluarga dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly, 31, berkaitan hal itu.

“Kami sudah berbincang, tak mungkin akan teruskan (perkahwinan mengikut perancangan).

Takziah buat Misha Omar dan diharao sabar menghadapi dugaan Allah. Setiap yang bernyawa pasti janji adanya mati. Sama-sama berikan Al-Fatihah untuk keluarga Misha Omar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments