Pekin Rahsia Tarikh Kahwin Atas Permintaan Keluarga

 

pekin

Berita mengenai pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose menarik perhatian ramai peminat apabila mereka bakal berkahwin.

Pekin berkata, dia sudah pun menetapkan tarikh perkahwinan dengan Uqasha yang akan diadakan pada 2014. Cumanya dia belum mahu mendedahkan tarikh sebenar atas permintaan keluarga dua belah pihak.

pekin ibrahim

Katanya, apabila semuanya selesai baru dia akan umumkan kepada semua. Keputusan untuk berkahwin ini adalah dari hatinya sendiri dan bukan sebab-sebab factor lain.

Pekin juga menolak anggapan sesetengah pihak bahawa dia ingin mempercepatkan perkahwinannya kerana bimbang ekoran gosip yang melanda akan berulang lagi.

Terbaru, Pekin akan muncul dengan filem terbaru Tokan lakonan bersama Johan As’ari, Liyana Jasmay dan Sofi Jikan. Filem ini akan ditayangkan pada 26 Disember 2013. Filem Ini merupakan filem arahan Ghaz Abu Bakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments