Rita Rudaini Belum Fikir Kahwin

Rita Rudaini (2)

Pelakon Rita Rudaini, 37 tahun, yang baru sahaja selesai dengan kes penceraiannya dengan Aidil Zafuan, tidak terkejut dengan berita mengenai Aidil Zafuan yang bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya.

Malah kata Rita, dia enggan mengulas lanjut mengenai hal itu. Hidupnya kini lebih tertumpu kepada kerjaya dan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 2 tahun.

Rita menegaskan dia tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu kerana hubungan mereka berdua sudah tiada apa-apa.

Memandangkan bekas suaminya bakal mendirikan rumah tangga, Rita ditanya adakah dirinya bersedia untuk berkahwin.

Jelasnya, buat masa sekarang dia belum terfikir ke arah itu memandangkan baru sahaja habis edah.  Selain sibuk dengan bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Bagi Rita, sekarang masa untuk dia mencari duit untuk menyara anak-anaknya yang kian membesar. Malah katanya lagi, bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh menerima diri dan anak-anaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments