Sleeq Ingin Duet Dengan Siti Nurhaliza

 

sleeq ingin berduet dengan siti nurhaliza

Kumpulan Sleeq yang dianggotai  Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif), 23 dan Alif Abdullah (Alyp), 23 memberitahu bahawa mereka mengimpikan untuk berduet dengan penyanyi nombor satu Malaysia, iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, Sleeq pernah bekerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Najwa Latif, Hazama, Ramlah Ram, Zizan Razak, Aaron Aziz dan Ahli Fiqir.

Sleeq memberitahu bahawa mereka amat meminati Datuk Siti Nurhaliza dan bercita-cita untuk bergabung suara dengannya. Kata mereka, pemilihan bukan sekadar artis yang popular sahaja tetapi tentulah yang bersesuaian dengan konsep album mereka itu nanti.

Ujar Alyp, mereka yakin akan dapat memberikan sumbangan seperti pertukaran lagu dan sumbangan lirik yang akan memperlihatkan penyatuan kreativiti antara penyanyi lain bagi meningkatkan taraf industri muzik.

Manakala bagi Syarif pula, dia merasakan kolaborasi dan kerjasama itu penting memandangkan sudah banyak lagu kolaborasi yang dihasilkan sehingga ia tidak menjadi permasalahan setiap kali menerima undangan membuat persembahan.

Perkembangan terkini, Sleeq merancang untuk menumpukan kolaborasi berbanding dengan lagu solo. Mereka juga akan mengeluarkan single dari semasa ke semasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments