Teater Bahayanya Wanita Kisah Hidup Bermadu

Zizan Razak - Teater Bahayanya Wanita

Teater Bahayanya Wanita yang dipentaskan pada 20 Disember lalu dan berakhir 31 Disember ini menarik orang ramai untuk menyaksikannya. Ia mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya ( IB ).

Teater ini membariskan artis-artis popular antaranya Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Nora Danish, Johan As ari, dan Zizan Razak. Teater ini mengetengahkan isu poligami dalam masyarakat tempatan tetapi disampaikan secara jenaka.

Watak Nora digantikan dengan pelakon Lana Nordin disebabkan Nora yang terikat dengan jadual kerja.

Teater ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki dan wanita yang menjalani hidup poligami. Setiap wanita itu pula mempunyai watak yang berbeza

Zizan ( syed Maddon Al Attas ) sudah mempunyai dua orang isteri iaitu Kamelia ( Erra ) dan Sharifah Fatimah Maruka ( Umie ). Namun Syed Maddon berkahwin secara sembunyi buat kali ketiga dengan Farhana ( Nora ). Situasi menjadi kecoh apabila rahsianya itu terbongkar. Namun Syed Maddon masih mampu mengawal keadaan. Syed Maddon kemudian bertindak bernikah dengan Suti Lambung ( Erma ) wanita dari seberang.

Keadaan lebih bertambah kacau bilau. Namun elemen jenaka yang ditampilkan berjaya menghidupkan jalan cerita.

Kata Erma Fatimah yang menulis skrip dan juga turut berlakon, teater ini tidak bertujuan untuk mencipta kontroversi tetapi hanya sekadar memaparkan realiti kehidupan.

Anda yang berminat untuk menyaksikan teater arahan Zamberi Shari ini boleh dapatkan tiket-tiket berharga antara RM 53 sehingga RM 253 dengan melayari web www.airasiaredtix.com.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments