Konsert Irama Pop Yeh Yeh Di Istana Budaya

 

konsert pop ye yeh 2014

Lagu yang penuh nostalgia, dengan irama yang tak luput ditelan zaman, itulah alunan lagu irama pop yeh yeh. Cukup popular sehingga kini.

Pasti teringat akan lagu-lagu seperti Ayahku Kahwin Lagi, Kisah dan Tauladan, Dara Pujaan yang mengembalikan kenangan buat pendengar irama pop yeh yeh.

Bagi anda yang meminati lagu-lagu irama 60an, satu Konsert Orkestra Tradisional Kebangsaan (OTM ) akan diadakan pada 24 hingga 26 Januari di Istana Budaya.

Konsert ini bakal menampilkan artis 60an seperti Datuk Jeffrydin, L.Ramli, A.Halim, A.Rahman Hassan, A.Rozaini dan Maria Bachok.

Konsert ini juga turut menggabungkan lagu-lagu irama Malaysia yang mempunyai nilai budaya negara berbilang bangsa.

Konsert ini juga akan menghimpunkan 30 buah lagu popular era 60an yang dipimpin oleh Yazid Zakaria.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert ini nanti, tiket boleh didapati melalui Kaunter BoxOffice Istana Budaya atay layari www.airasiaredtix.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments