Afdlin Shauki Tiada Hati Hasilkan Filem Lagi

 

afdlin shauki -papadom 2

Pengarah dan juga pelakon Afdlin Shauki menyatakan perasaan kecewa apabila filem terbarunya Papadon 2 hanya mendapat kutipan sebanyak RM 620,000 sahaja walaupun mendapat perhatian daripada orang ramai.

Afdlin memberitahu kemungkinan filem ini akan menjadi filem terakhirnya.

Dipetik dari MH Online, Afdlin membuat keputusan dimana filem ini kemungkinan menjadi filem terakhir kerana sudah tiada hati untuk menghasilkan filem tempatan lagi.

Bagi Afdlin, cukuplah Papadom 2 untuk menilai selera penonton.Malah katanya, ia penanda aras dimana filem bukan lagi platform untuk menjana pendapatan bagi pemodal.

Menurut Afdlin lagi, Papadom 2 tidak mendapat sambutan mungkin kerana ada peminat yang tidak tahu file mini atau mungkin mereka sudah tidak mahu menonton filem bercorak kekeluargaan.

Perkembangan terkini, Afdlin sibuk menguruskan perniagaan kain Pelikat Pants yang baginya ia lebih menguntungkan daripada membuat filem.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments