BoiBoiBoy Kembali Dengan Musim Terbaru Hari Ini

BoBoiBoy musim 3 - 2014

Program Siri Animasi BoiBoiBoy kini kembali dengan musim ketiga  yang akan bermula 5 januari ( hari ini ).

Siri animasi yang cukup popular itu  akan bersiaran pada pukul 7 malam menerusi saluran TV3. Siri animasi ini ditayangkan  sebanyak 18 episod.

Bagi musim baru ini, Ejo Jo tampil bersemuka dengan BoiBoiBoy dan mencuri kuasa Gopal, Yaya dan Ying bagi menentang BoiBoiBoy dan kini dia menjadi lebih berkuasa.

Ejo Jo juga juga menemui kuasa yang dimiliki Gopal, Yaya dan Ying sehingga membebaskan perisai kuasa yang sukar ditembusi.

BoiBoiBoy menghadapi masalah dan mula hilang harapan apabila bertarung keseorangan tanpa bantuan dari Gopal, Yaya dan Ying.

Kepada peminat siri animasi BoiBoiBoy ini, jangan lupa saksikan di Saluran Tv3 atau boleh ditonton di www.tonton.com.my  atau layari www.tv3.com.my.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments