David Teo Umpama Bapa – Yana Samsudin

strawberi-cinta

Februari ini,

Genap 10 tahun Yana Samsudin, berada di bawah naungan MIG.

Sepanjang 10 tahun bekerjasama dengan MIG, sudah cukup matang untuk Yana memberitahu siapa David Teo baginya.

Kata pelakon filem, Wawa Semput, ini, sepanjang tempoh itu, David merupakan pengganti kepada bapanya yang telah lama tiada.

Dia umpama bapa saya di mana setiap kali saya memerlukan nasihat, dialah tempat saya mengadu. Malah, saya membesar di depan matanya sejak usia saya belasan lagi.

Saya selesa dengan dia dan Madam Jane pula saya anggap seperti kakak sendiri dan turut berkongsi hal peribadi.

Walaupun dia boss, namun dia sangat mudah untuk didekati. “Walau apa pun pandangan orang mengenainya, saya tetap menganggapnya sebagai lelaki yang penuh dengan sikap fatherhood dan tetap ada tegasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments