Drama Gerak Khas Musim Baru

Yusof Haslam -drama gerak khas musim baru 2014

Drama bersiri popular Gerak Khas kini kembali lagi dengan konsep yang lebih segar dan sesuai dengan isu semasa.

Datuk Yusof Haslam yang merupakan Pengarah Urusan Skop Production berkata, Gerak Khas musim baru ini akan menampilkan beberapa watak baru dan akan mengekalkan tunggak utama drama ini  seperti Senior Asisten Komisioner Datuk Helmi, Deputi Superintendan Kumar (C Kumaresan), Norman Hakim ( Superintendan Haris)  dan Asisten Superintendan Salina ( Salina Saibi).

Drama kali ini turut menampilkan pelakon Shanorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim, Mas Hidzir Khan, Afiq Muiz,dan  Nizen Ayob.

Kata Datuk Yusof, kelainan yang dipamerkan dalam drama ini adalah menggunakan teknologi imej janaan komputer ( CGI ) serta penambahbaikan teknik edit “ fast cut “.

Katanya lagi, ia mampu memberi kepuasan kepada penonton walaupun teknik CGI drama ini tidak mampu menandingi teknik CGI filem.

Episod yang akan disiarkan nanti adalah ‘Ops Gempur’ yang memaparkan usaha Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) berjuang menangani jenayah.

Drama Gerak Khas musim baru ini akan disiarkan bermula 14 Februari 2014 setiap Jumaat, jam 9 malam  di RTM TV2.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments