Filem I Frankenstein Adaptasi Dari Novel

 

filem i Frankestein -2014

Ketika era zaman 90an, kisah Frankenstein merupakan antara kartun yang cukup popular. Biarpun memiliki wajah hodoh dengan kesan jahit, namun masih belum cukup menakutkan sesetengah kanak-kanak ketika itu.

Frankestein ketika itu adalah sebuah kisah yang di adaptasi dari novel Frankensteinor The Modern Prometheus yang diterbitkan pada tahun 1818 dan ditulis oleh seorang remaja Mary Shelly.

Kisah Frankestein ini kemudian diangkat kembali menerusi filem  I, Frankenstein yang bakal mengegarkan pawagam.

Kali ini ia diadaptasi dari novel yang ditulis Kevin Grevioux yang juga merupakan penulis skrip dan diarah oleh Stuart Beattie.

File mini dibarisi pelakon hebat seperti Yvonne Strahovski, Bill Nighy, Miranda Otto, Aaron Eckhart, Jai Courtney dan ramai lagi.

Filem ini mengambil beberapa latar belakang sekitar tahun 1700 yang kemudian menceritakan manusia pada abad kini.

I, Frankenstein ini mengisahkan perebutan kuasa dua puak musuh iaitu gargoyle dan syaitan. Gargoyle cuba menyembunyikan makhluk bernama Frankenstein atau dipanggil Adam ( Aaron Echart ) makhluk ciptaan Victor Frankestein dari dijumpai oleh ketua roh jahat iaitu Putera Naberuis ( Bill Nighy ).

Misinya untuk menyorok Adam menjadi sukar apabila Naberius mengarahkan orangnya pergi memburu Adam. Berlaku pentempuran di antara Gargoyle dan syaitan sehingga menyebabkan banyak Gargoyle mati.

Jurnal milik saintis terunggul mengandungi rahsia untuk menghidupkan sesuatu yang telah mati. Ia amat penting kepada Naberius supaya dapat membentuk sekumpulan besar roh jahat.

Adam yang tidak mengetahui kisah disebalik kewujudannya cuba untuk merampas semula jurnah itu dari Naberius. Sebaik mengetahui jurnal itu, Adam mula mempunyai perancangan lain.

Apakah yang dirancang oleh Adam? Bagi anda ingin mengetahui apa yang terjadi, saksikan filem ini dipawagam berdekatan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments