Filem Kami Histeria

Kami Histeria
Filem Kami Histeria akan menggegarkan panggung wayang pada 6 Februari 2014 akan datang ini. Kami Histeria ialah sebuah produksi Red Films dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan Marna Film arahan Shamyl Othman.

Teraju utama filem ini ialah Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umie Omar dibantu oleh Afdlin Shauki dan Izzue Islam. Ini adalah kali pertama pelakon-pelakon ini digandingkan bersama.

Kami Histeria yang menelan belanja sebanyak RM 2 juta telah menjalani penggambaran selama sebulan di sekitar Lembah Klang dan memerlukan lebih dari 10 bulan untuk menyiapkan semua kesan khas dan muzik dalam filem ini.

Dalam Filem Kami Histeria ini menampilkan ‘girl band’ yang gemar merakam lagu-lagu dan dimuat naik ke YouTube dan tidak menyangka ter-rakam suara mengilai sayup langsuir di latar lagu mereka.

Kami Histeria

Sinopsis Filem Kami Histeria

5 gadis – Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu.

Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube.

Ini menyebabkan mereka berusaha untuk mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Apakah yang akan terjadi kepada 5 gadis remaja ini? Adakah Langsuir itu akan membantu gadis ini mencapai kemasyhuran dalam karier muzik mereka?

Nantikan Kami Histeria yang ber-genre Komedi Seram ini di pawagam 6 Februari 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments