Finalis Pencetus Ummah Berentap Ke Peringkat Akhir

pencetus ummah 2014

Setelah enam minggu berentap akhirnya, empat peserta Mimbar Pencetus Ummah bakal ke peringkat akhir.

Mereka yang terpilh ialah PU Yeop, PU Rahman, PU Hafiz dan PU Shahul.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan memenuhi kriteria persembahan malah juri juga berpendapat mereka sudah mencapai tahap yang diharapkan.

Datuk Fadzilah Kamsah berkata, keempat-empat mereka merupakan PU yang hebat dan dapat meneruskan persaingan ke peringkat akhir. Peserta yang terpilih juga dilihat mampu memperkemaskan seni dan kualiti pengucapan awam yang diterapkan murabbi.

Antara PU yang menyerlah minggu ini ialah PU Yeop, PU Hafiz dan PU Rahman. Mereka memberikan persembahan yang cukup berkeyakinan dan pengisian yang baik sekali. Malah cara penyampaian mereka sangat kreatif dan mendapat pujian dari juri tetap.

Setiap peserta juga mempunyai keunikan dan kelebihan masing-masing. Empat peserta ini akan meneruskan perjuangan di pentas akhir Mimbar Pencetus Ummah pada Khamis ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments