Hafiz Dinobat Juara Lagu Ke 28

hafiz_juara ajl28

Berakhirnya sudah Anugerah Juara Lagu 28 ( AJL28 ) apabila Hafiz dinobatkan sebagai Juara. Hafiz menyampaikan lagu berjudul Bahagiamu Deritaku.Majlis Anugerah ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Hafiz berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 35,000 dan juga trofi. Naib juara pula dimiliki oleh lagu Hanya Aku ciptaan Hyper Act dan Frozen dan dinyanyikan oleh Hyper Act yang membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Altimet dan Awi Rafael menerusi lagu Kalau Aku Kaya yang membawa pulang hadiah RM 12,000 dan trofi.

Antara yang turut bertanding adalah Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah).

Penyanyi Jaclyn Victor juga turut membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan trofi apabila mengondol Anugerah Vokal Terbaik.

Hafiz juga turut  memenangi kategori persembahan terbaik menerusi  lagu Bahagiamu Deritaku yang turut membawa pulang trofi dan wang RM 10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan AJL28 diadili oleh 10 orang juri iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim. Manakala Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

AJL28 itu juga turut disiarkan secara langsung di TV3 yang menyaksikan Scha Al-Yahya dan AG sebagai pengacara. Diakhir persembahan diserikan dengan nyanyian Shila Amzah dan Mus May.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments