Imran Ajmain Tak Mahu Cipta Lagu Sedih

 

imran ajmain - 2014

Penyanyi Imran Ajmain memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi mencipta atau menyanyikan lagi-lagu sedih yang memberikan aura negatif kepada pendengar.

Katanya, lagu-lagu sedih tidak bersesuaian dinyanyikan dalam majlis keraian atau perkahwinan.

Akui Imran, agak sukar untuk dia berkongsi lagu-lagu seperti itu di laman sosial kerana ia berkisarkan tentang kesedihan. Sebelum ini, Imran popular dengan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang, Seribu Tahun dan Dikalung Kasihan.

Ujarnya  lagi, dia mahu mencipta lagu yang dapat memberikan kesan positif kepada diri sendiri dan pendengar. Lagu-lagu barunya nanti akan lebih kepada kebahagiaan dan keseronokan kerana ianya melambangkan  dirinya.

Lagu-lagu terbaru Imran nanti juga akan menampilkan ciptaan beberapa komposer baharu yang disimpan sejak enam tahun dulu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments