Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 juta

Johan Raja Lawak Menang Saman RM1 juta

Johan (Raja Lawak) atau nama sebenar beliau Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz berjaya dalam tuntutan saman bernilai RM1 juta.

Saman ditujukan terhadap Juara Film Production Sdn Bhd dan pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar, kerana akibat kecederaan dialaminya selepas dibaling gelas kaca.

Saman yang berjumlah RM 1 juta tersebut turut termasuk dengan permintaan supaya syarikat produksi dan pengarah tersebut mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka kepada Johan, dan juga menarik segala e-mel dan kenyataan fitnah terhadap apa yang berlaku sebelum ini.

Saman tersebut bukan hanya semata-mata menuntut ganti rugi, tetapi beliau berniat agar ianya memberi kesedaran kepada pihak pengarah yang mana beliau dakwa turut bertindak menendang isteri beliau, Rozlinawaty Ismail (Ozlyn Wati).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments