Juara Pencetus Ummah Musim Pertama

hafiz juara pencetus ummah musim pertama

Berakhirnya program Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama apabila, Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32,   dinobatkan sebagai juara yang diadakan di Pusat konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( Kuis ) semalam. Turut bersiaran secara langsung di Astro Oasis.

PU Hafiz membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai RM50,000, pakej percutian halal ke China, pakej umrah untuk dua orang dan sebuah trofi.

PU Hafiz memilih tajuk Untung Dunia Untung Akhirat sebagai tazkirah pusingan pertama. Bagi pusingan kedua pula bertajuk Kehidupan Rasulullah sehingga kewafatannya dengan tema cinta Rasulullah.

Tempat kedua dimenangi oleh PU Shahul Hamid yang membawa pulang wang tunai RM30,000. Tempat ketiga pula dimenangi PU Yeop dan keempat PU Rahmat yang membawa pulang wang tunai RM10,000.

Juri  yang mengadili peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Habsah Omar ( Abby Fana ), Ustaz Kazim Elias dan Datuk Aznil Hj Nawawi ( Juri jemputan ).

Turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi Aris Ariwatan, Hijaz dan pengacara undangan Fahrin Ahamd. Program ini juga dihoskan oleh Ustaz Ridhuan Tee Abdullah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments