Kumpulan Duo #Tag Anak Didik KRU

kumpulan dua #tag

Satu kumpulan duo baru dibawah label KRU Music, #Tag atau disebut hastag terdiri daripada dua anak muda berbakat iaitu Akira Shukri dan Hez Hazmi.

#Tag dikenali sebagai artis You Tube yang merupakan penggiat seni yang menyampaikan karya lagu asli menerusi laman sosial tersebut.

#Tag lebih banyak menghasilkan karya asli berbanding menyampaikan karya saduran artis lain. Hasil karya mereka juga mendapat sambutan mengalakkan dan mendapat sokongan daripada pengikut setia kumpulan ini.

Lagu pertama mereka adalah My Crush versi busking yang mana telah meraih sebanyak 113, 522 views. Lagu My Crush ini menggunakan teknologi terkini menerusi aplikasi WhatsApp yang membolehkan mereka berkongsi video, imej dan audio walaupun jarak memisahkan mereka ketika itu.

Manakala, My Crush versi studio akan ke udara di radio bermula Januari 2014 yang menerima sentuhan daripada Edry Abdul Halim, komposer terkenaldan juga selaku penerbit.

Versi ini juga kini boleh dimuat naik di rangkaian You Tube KRU Music. Juga sudah berada dipasaran melalui i- Tunes, manakala nada dering juga sedang giat dipromosikan melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments