Lan Kristal Bakal Timang Anak

lan kristal dan shila - timang anak

Tahniah Hyebro ucapkan buat penyanyi dan juga vokalis Kristal, Razlan atau Lan yang akan menimang cahayamata pada Julai ini.

Shila, isteri kepada Lan disahkan mengandung dan usia kandungannya sudah pun berusia hampir lima bulan.

Ujar Lan, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu tentang perkara ini, tetapi selepas doktor mengesahkan jantina bayinya itu lelaki, barulah mereka selesa untuk berkongsi berita ini.

Ujar Shila pula, dia mengalami alahan yang cukup teruk kali ini, sentiasa muntah setiap kali makan dan tidak boleh memakai sebarang alat solek. Malah tidak boleh menghidu bau pewangi ataupun pembersih rumah. Lan kini gigih mencari nama anak mereka itu nanti yang ada empat huruf.

Lan dan Shila telah mendirikan rumahtangga pada 5 Disember 2009 dan telah dikurniakan dua anak perempuan yang berusia 3 tahun dan 1 tahun lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments