Media Prima Perkenal ‘Tonton Music’

Media Prima Digital bersama Rangkaian Radio Media Prima bersama kini melancarkan sebuah lagi portal baharu dikenali sebagai ‘Tonton Music’ pada 26 Januari 2014 yang lalu.

Portal sehenti untuk sumber hiburan berbentuk audio ini telah boleh diakses menerusi laman www.tontonmusic.com.my bersempena dengan penganjuran acara kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) oleh stesen penyiaran TV3.

tonton music

Media Prima Digital bersama-sama Rangkaian Radio Media Prima menerusi ‘Tonton Music’ kini menyediakan lebih pilihan kepada pengguna melalui tawaran hiburan berbentuk audio secara ‘streaming’.

Buat masa ini, ‘Tonton Music’ mengandungi kesemua 12 lagu rakaman studio dan rakaman langsung peringkat akhir AJL28. Menjelang hujung bulan Mac 2014, ia akan memiliki lebih 700,000 koleksi lagu dari Malaysia dan antarabangsa serta peminat-peminat muzik bakal menikmati jutaan lagu pada hujung tahun ini.

‘Tonton Music’ merupakan portal pertama seumpamanya menawarkan streaming audio secara percuma melalui gajet pintar di Malaysia dan ia adalah produk pertama di dunia menampilkan integrasi media digital secara menyeluruh.

Portal ini juga adalah sebuah representasi unik menampilkan jenama radio terkenal iaitu Hot FM (Melayu), Fly FM (Inggeris), one FM (Cina) & saluran 9X TV9 (Indie).

Menerusi pengenalan portal ini, Media Prima Digital dilihat bakal menguasai pasaran kandungan muzik secara digital di negara ini selain mampu melebarkan capaian perkhidmatan pengiklanan secara digital.

Untuk merasai pengalaman audio muzik terbaik di ‘Tonton Music’, layari www.tontonmusic.com.my  hari ini!

Hye Bro : Mood layan lagu AJL28 di laman Tonton Music

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments