Musal Rahman – Artis Baru MiG Talent

Musal Rahman MiG Talent
Musal Rahman, salah seorang pendatang baru dalam dunia hiburan dibawah naungan MiG (Metrowealth International Group)yang baru sahaja tamat SPM pada tahun lepas.

Walaupun masih baru, beliau diberi kepercayaan untuk bergandingan dengan Tomok dalam drama bersiri Suamiku Jururawat.

Pada malam pratonton Filem Jangan Pandang Belakang Boleh, Bro dapat menemubual dan beramah mesra dengan beliau yang tidak lokek dengan senyuman.

Sekali pandang, tak nampak beliau seperti baru tamat sekolah. Cara beliau membawa diri dan bergaul dengan media menampakkan keprofesionalan beliau walaupun masih muda didalam dunia hiburan ini.

Bro Framestone Musal Rahman MiG Talent

Untuk pengetahuan anda,

Musal Rahman sebelum ini pernah mendapat tempat kedua dalam Pencarian Cover Girl Yezz 2011 dan terpilih sebagai Ms Precious dalam Simplysiti Star Search. Disini beliau berpeluang untuk berlakon dalam filem/drama dibawah naungan David Teo.

Tahniah kami ucapkan dari Krew Hye Bro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments