Nash Mahu Kahwin 2014

 

nash-mahu-kahwin-2014

Penyanyi veteran Nash memberitahu bahawa dia berhasrat untuk menamatkan zaman duda pada tahun 2014. Nash berkata pada usia sekarang dia ingin mencari isteri yang boleh dijadikan teman sehingga akhir hayat.

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 54 merancang menamatkan zaman duda dengan kekasihnya yang dikenali sejak 3 tahun lalu. Namun katanya itu hanya perancangan tetapi tidak tahu akan terjadi atau tidak.

Ujar Nash lagi, dia tidak mahu memikirkan perkara yang remeh temeh memandangkan usianya yang sudah meningkat. Malah dia banyak menghabiskan masa bersama cucu selungnya yang berusia setahun.

Hasil perkahwinan Nash yang dulu, dia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Fareena Nasha 24, Najeeha Nasha, 22 dan Mohd Shameer Nasha ,16. Nash juga memiliki seorang anak angkat bernama Jasmin Hanis Nasha, 14.

Terbaru, Nash bakal mengadakan persembahan bersama artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Najwa Latif, Datuk Jamal Abdillah dan Amy Search di Dataran Merdeka pada 4 Januari ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments