Nasir Bilal Khan Tidak Kisah Dijadikan Bahan Jenaka

 

nasir-bilal-khan

Pelakon Nasir Bilal Khan memberitahu tidak kisah dan berkecil hati apabila wataknya dalam drama Tanah Kubur dijadikan bahan jenaka oleh sesetengah pelawak ketika mereka membuat persembahan pentas.

Kata Nasir, dia tidak mengambil kisah sekiranya ada yang meniru gaya percakapannya sebagai bahan lawak selagi ia tidak mengundang keburukan.

“Bagaimanapun janganlah sampai ia memberikan keburukan kepada saya atau penonton sudahlah. – mStar Online

Perkembangan terkini, Nasir bakal muncul dengan filem terbaru Laga yang turut dibarisi Eman Manan, Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Syazwan Zulkifli dan Tyas Mirasih.

Menurut Nasir, filem Laga mempunyai kekuatan tersendiri yang membuatkannya tertarik untuk berlakon.

Filem itu yang juga karya arahan Ismail Yaacob mempunyai mesej yang cukup mendalam dan diketengahkan dengan baik oleh pengarah.

Filem Laga bakal ditayangkan  pada 23 Januari ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments