Noh Hujan Tangguh Tunaikan Umrah

 

Noh tangguh tunaikan umrah

Anugerah Juara Lagu 28 ( AJL 28 ) bakal diadakan kurang dari tiga minggu dan tentunya ramai peserta yang berjaya ke peringkat akhir teruja untuk beraksi nanti.

Tetapi bagi Noh Hujan, yang merupakan komposer, penulis mengakui lebih teruja kepada perancangannya untuk menunaikan umrah bersama isteri, Miss Nina pada 27 Januari ini.

Noh yang bergandingan dengan Aizat dengan lagu In Love With You memberitahu semasa lagu ciptaannya berjaya ke peringkat akhir AJL28, perkara pertama dalam fikirannya adalah menarik diri dari bertanding.

Kerana tarikh penerbangan asal yang diterima pada 20 Januari. Tarikh itu diterima sebelum pihak AJL umumkan tarikh pertandingan akhir.

Kata Noh, sudah tentu akan memilih untuk menunaikan umrah tambahan ini pertama kali akan pergi bersama dengan keluarga kedua belah pihak. Jadi terpulang kepada Aizat untuk meneruskan atau tidak.

Bagaimanapun, kata Noh lagi, dia bersyukur kerana isteri dan keluarganya memahami situasi dan kariernya. Malah bersetuju untuk menundakan tarikh umrah sehari selepas malam akhir AJL28.

Noh bagaimanapun tidak terlalu memikirkan sangat dengan persiapan persembahan tetapi akan berusaha yang terbaik.

Noh juga memberitahu agak tertekan dengan Aizat kerana Aizat merupakan juara AJL27 tahun lalu, dan tahun ini akan membuat persembahan bersamanya. Sudah tentu peminat akan mengharapkan sesuatu yang terbaik dari mereka berdua.

Namun katanya lagi, dia dan Aizat tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi tetapi akan berusaha membuat persembahan yang terbaik nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments