Nurul Wahab Dedah Wajah Comel Anaknya

anak-nurul-depp---zachary

Penyanyi Nurul Wahab akhirnya mendedahkan wajah comel anaknya yang sebelum ini dipanggil Baby Z.

Nurul dan suaminya, Eric menamakan bayi mereka dengan nama Zachary Depp.  Nurul turut menceritakan disebalik pemilihan nama anaknya itu di blognya.

“Adalah sorang mamat ni. Senior aku. Bukan main putih dan handsome orangnya. Pendiam tapi rock! Aku suka melihatnya. Crush aku masa tu lah… Hehehe..  (Jangan bagitahu Eric okay.. Dia tak tahu! Hahhaha) Jadi, masa tu terus suka dengan nama Zachary. Tak sangka pula boleh ingat nama tu masa aku mengandungkan Baby Z. Aku simpan niat nak namakan anak kedua aku ni dengan nama tu andainya lelaki. Sekali, memang dah rezeki aku nak dapat baby boy.”

gambar-anak-nurul-depp

Tahniah buat Nurul dan Eric. Semoga Zachary  menjadi anak yang baik dan soleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments