Saya Ingin Hadiahkan Seorang Anak Untuk Zain – Rozita Che Wan

Saya Ingin Hadiahkan Seorang Anak Untuk Zain – Rozita Che Wan

Saya Ingin Hadiahkan Seorang Anak Untuk Zain – Rozita Che Wan | Siapa yang berkahwin semestinya ingin menimang cahaya mata sendiri begitu juga dengan Rozita Che Wan yang iinginkan seorang anak bersama Zain.

“Hampir enam minggu kami berkahwin, terus terang saya memang mengharapkan hamil dalam masa terdekat. Usia pun bukannya muda tapi sudah 40-an. Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya hasil perkahwinan dengan bekas suami dulu pun sudah berusia 16 tahun.

Pun begitu, ada juga bimbang sebab wanita 40-an dikatakan berisiko untuk mengandung. Mungkin di luar kita nampak sihat, tetapi dalam badan kita tak tahu sama ada masih kuat atau tak? Apa pun saya berharap saya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengandung.

Walaupun saya sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan pertama dulu, tetapi tentunya Zain mahukan zuriatnya sendiri. Saya ingat kalau saya dapat hadiahkan seorang anak untuk Zain pun dah jadilah. Tapi mengenangkan dia mahukan anak lelaki sementara saya pula nakkan anak perempuan, nampaknya kenalah mengandung 2 kali.

Zain mahukan anak lelaki kerana katanya boleh buat kawan. Apa yang lebih penting bagi saya adalah tidak kira bayi lelaki atau perempuan, yang penting anak cukup sifat dan sihat.”

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments