Scha Alyahya Hamil

scha alyahya hamil

Tahniah buat pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashari, apabila Awal yang juga seorang pengacara popular mengesahkan bahawa Scha telah hamil.

Awal memuat naik gambar ujian imbasan bakal bayi dan berkongsi khabar gembira ini di laman sosial Facebook miliknya.

Dalam khabar gembira itu, Awal memberitahu bahawa mereka sangat gembira menantikan anak pertama mereka.

Malah katanya, usia kandungan Scha sudah masuk ke trimester kedua dan bersyukur dengan rezeki ini.

Awal juga turut berterima kasih buat peminat yang mendoakan mereka.

Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 4 Mei 2012.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments