Sharifah Aleeya Nikah Kali Ke Dua

sharifah aleeya nikah dengan miko

 

Tahniah buat pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya yang telah selamat bernikah dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah.

Leya sebelum ini sudah dua tahun bersendiri, diijabkabulkan di Masjid Al- Mukarramah, Sri Damansara Petaling dalam majlis yang sederhana.

Anak sulung kepada Fatimah Abu Bakar ini pernah bercerai dengan bekas suaminya pada 29 Februari 2012 dan hasil perkongsian  lalu, mereka dikurniakan anak kembar Asha Ameena dan Aza Ameena.

Melalui laman sosial Twitter, adiknya Sharifah Amani yang juga merupakan pelakon berkata “ syukur Alhamdulillah, selamat semuanya

“Terima kasih ya ALLAH. Restui mereka dengan cinta, kedamaian dan kegembiraan sehingga ke jannah. Insya-ALLAH. Amin,” Ujarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments