Shila Amzah Tercalon Dalam World Music Awards 2014

 

shila-amzah-calon-World-Music-Awards

Tahniah buat penyanyi Shila Amzah kerana sekali lagi tercalon dalam anugerah World Music Awards pada tahun ini. Jika dahulu Shila pernah tercalon dalam kategori Best Female Artist dan Best Entertainer of The Year pada 2012

Shila tercalon dalam lima kategori antaranya World’s Best Live Act, World’s Best Song, World’s Best Video dan dua kategori yang sama, Best Female Artist dan Best Entertainer of The Year.

Shila akan bersaing dengan artis terkenal antarabangsa seperti Alicia Keys, Avril Lavigne, Britney Spears, Beyonce, Bruno Mars, Kanye West, Kelly Clarkson, Shakira, Adele, Alex Hepburn dan ramai lagi.

Selain Shila, beberapa artis Asia juga turut tercalon dalam World Music Awards antaranya Agnes Monica, Ariel, Datuk Rossa, Datuk Siti Nurhaliza,  dan juga Afghan.

World Music Awards merupakan majlis yang berprestij yang mengiktiraf artis berdasarkan jualan album dan undian daripada orang ramai menerusi internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments