Siti Nurhaliza Sasar Kutipan 4 Juta Bantu Golongan Memerlukan

siti nurhaliza dan konsert amal yayasan nurjiwa

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dia mahu lebih fokus kepada aktiviti kebajikan bagi mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa. Yayasan Nurjiwa ini turut dinaungi bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Ujar Siti, yayasan sedang membuat beberapa rangka projek sepanjang tahun dan mensasarkan kutipan dana RM4 juta supaya dapat memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan nanti.

Ujarnya lagi, pengalaman semasa membantu mangsa banjir di Kuantan tempohari memberi semangat untuk dia dan suami dalam membantu mereka yang sedang kesusahan.

Satu konsert amal terbitan Yayasan Nurjiwa akan diadakan selama  dua hari. Bermula pada 7 dan 8 Februari di Plenary Hall, Pusat konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC ) pada jam 8 malam. Konsert ini dengan kerjasama Siti Nurhaliza Production dan Simplysiti.

Ujarnya lagi, semua kutipan itu nanti akan disalurkan ke tabung Yayasan Nurjiwa untuk diserahkan kepada yang memerlukan.

Selain itu, siti juga merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan anak yatim, kaum wanita dan ibu tunggal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments